.png&w=3840&q=75)
Perkhidmatan Digital Kerajaan
Gerbang digital berpusat untuk rakyat mendapatkan maklumat, panduan dan akses kepada perkhidmatan kerajaan

Siapa Anda?
Dapatkan perkhidmatan kerajaan dan informasi yang menepati keperluan persona anda

Penggantian diperlukan jika:
- Kehilangan atau kecurian
- MyKad rosak atau tidak boleh dibaca
- Penukaran maklumat seperti alamat atau agama
- Caj akan dikenakan berdasarkan sebab penggantian
Apabila berlaku kematian seseorang terutamanya ahli keluarga, terdapat beberapa langkah awal penting yang perlu diambil bagi menguruskan jenazah dan urusan rasmi.
Berikut ialah panduan langkah awal apabila berlaku kematian di Malaysia:
- Sahkan kematian
- Kematian di hospital/ klinik
Pegawai perubatan akan mengeluarkan surat pengesahan kematian
Dokumen ini digunakan untuk urusan pengebumian dan pendaftaran kematian di JPN
- Kematian di rumah/ luar hospital/ klinik
Hubungi talian 999 untuk mengesahkan kematian (sekiranya perlu)
Laporkan kepada polis bagi mendapatkan permit pengebumian
Jika kematian diragui, kes akan dirujuk kepada polis untuk siasatan dan mungkin melibatkan bedah siasat
- Urus pengebumian
Hubungi pengurusan jenazah masjid bagi jenazah muslim
Bagi jenazah bukan muslim, urusan pengebumian akan mengikut upacara agama masing-masing.
Program PERMATA Pintar ialah inisiatif yang ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.
Tempat operasi: Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Proses pemilihan pelajar:
Pelajar yang berminat perlu melalui beberapa peringkat saringan:
- Ujian UKM1
Terbuka kepada semua pelajar Malaysia berumur 9 hingga 15 tahun
- Ujian UKM2
Pelajar yang lulus UKM1 akan dijemput untuk menduduki ujian ini di pusat-pusat yang ditetapkan
- Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS)
Pelajar yang berjaya dalam UKM2 akan menyertai program ini, di mana mereka akan dinilai melalui Ujian UKM3
- Kemasukan ke Kolej PERMATA Pintar
Pelajar yang lulus UKM3 dan menunjukkan prestasi cemerlang semasa PPCS akan ditawarkan tempat di Kolej PERMATA Pintar untuk meneruskan pendidikan menengah mereka
Proses permohonanMaklumat lanjut PERMATA PintarPERMATA Kurnia ialah pusat intervensi awal yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak autisme di Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program PERMATA di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Syarat Kemasukan:
- Terbuka kepada kanak-kanak autisme yang berumur 2 hingga 6 tahun dan merupakan pemegang kad OKU
- Warganegara Malaysia
- Perlu melalui saringan dan penilaian oleh Panel Pakar Perubatan PERMATA Kurnia bagi memastikan mereka sesuai untuk program ini
- Ibu bapa bersetuju mengikuti peraturan PERMATA Kurnia
Lokasi PERMATA Kurnia:
- PERMATA Kurnia di Sentul, Kuala Lumpur merupakan pusat intervensi utama untuk autisme di Malaysia.
- PERMATA Kurnia di Presint 11 Putrajaya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak- Kanak (Integrasi) PERMATA. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Program PERMATA Kurnia dan Program PERMATA Negara.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan merupakan sebuah badan bebas yang bertindak sebagai pihak berkuasa melantik bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan.
Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG5
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
- Pembantu Pengurusan Murid Gred N1
- Pembantu Makmal Gred C1
- Pembantu Khidmat Am Gred H1
Prosedur permohonan jawatan di SPP
Permohonan jawatan sama ada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sistem MySPP.
Sistem MySPPPemohon boleh membuat semakan pemohonan, panggilan temu duga, keputusan temu duga dan perkhidmatan dalam talian melalui pautan berikut:
SPP Semakan Dalam TalianLesen Memandu Malaysia (LMM) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terbahagi kepada beberapa kelas mengikut jenis kenderaan.
Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Lesen Memandu Kenderaan Orang Cacat Kelas A (Motosikal)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Memiliki Kad OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
Lesen Memandu Kenderaan Orang Cacat Kelas A1 (Motokar)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 17 tahun dan ke atas
- Memiliki Kad OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal ≤250cc)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Sihat fizikal dan mental
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Memandu Kelas B (Motosikal > 500cc)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Sihat fizikal dan mental
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Memandu Kelas D/DA (Motokar BTM < 3,500kg)
Syarat Kelayakan:
● Berumur 17 tahun dan ke atas
● Sihat fizikal dan mental
● Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
● Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Memandu Kelas E (Motokar Berat BTM > 7,500kg)
Syarat Kelayakan:
● Berumur 21 tahun dan ke atas
● Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D minimum 1 tahun
● Sihat fizikal dan mental
● Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
● Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Vokasional
Lesen Vokasional – PSV (Public Service Vehicle)
Tujuan: Untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa, e-hailing, bas dan van sekolah.
Syarat Kelayakan:
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Memegang Lesen kompeten (CDL) kelas D/DA yang sah dan berkuatkuasa (teksi)
- Memegang Lesen kompeten (CDL) kelas D yang sah dan berkuatkuasa melebihi 1 tahun. (Bas)
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Vokasional – GDL (Goods Driving Licence)
Tujuan: Untuk memandu kenderaan barangan seperti motokar berat (lori), motokar dan motosikal (GDL)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) dalam kelas yang berkaitan (B2/ B/ C/ D / E / E1 / E2) yang sah dan berkuatkuasa melebihi 1 tahun.
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Terdapat dua jenis prosedur pengangkatan iaitu pengangkatan secara de facto melalui JPN dan pengangkatan melalui perintah mahkamah. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, proses pengangkatan adalah melalui perintah mahkamah sahaja.
Prosedur Pengangkatan
- Pengangkatan De Facto melalui JPN:
- Ibu bapa angkat memohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana keluarga itu bermastautin
- Jika diluluskan, pengangkatan akan didaftarkan dan sijil anak angkat akan dikeluarkan
- Pengangkatan melalui mahkamah:
Semenanjung:
- Pemohon perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman.
- Permohonan perlu dihantar ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.
- Perintah Pengangkatan akan dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Rayuan.
Sabah:
Di Sabah, terdapat tiga kategori permohonan anak angkat iaitu:
- Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja
- Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan orang asal (native)
- Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam
- Pemohon perlu hadir di mana-mana cawangan JPN di Sabah untuk mendaftarkan pengangkatan
Sarawak:
Permohonan pengangkatan di negeri Sarawak dibuat berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah.
- Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi pelantikan daripada firma guaman untuk permohonan di mana-mana cawangan JPN di Sarawak
Apa Itu PLKN 3.0?
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 merupakan penjenamaan semula program patriotisme kebangsaan yang diperkenalkan semula oleh Kementerian Pertahanan Malaysia bermula tahun 2025. Berbeza daripada versi terdahulu (PLKN 1.0 dan 2.0), PLKN 3.0 menekankan latihan berteraskan ketenteraan asas, jati diri, kenegaraan, keselamatan dan kesukarelawanan.
Tujuan utama PLKN 3.0 adalah untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin, bersemangat patriotik, serta bersedia menghadapi cabaran masa depan seperti ancaman keselamatan dan bencana.
Siapa peserta PLKN 3.0?
Pelajar Sekolah Tingkatan 4
- Menyertai program PLKN Fasa 1 di peringkat sekolah.
- Program ini tidak wajib tetapi dianjurkan oleh sekolah secara berkala.
- Latihan ini dilaksanakan secara modular dalam sesi kokurikulum khas.
Lepasan SPM (Warganegara)
- Menyertai PLKN Fasa 2 selepas tamat SPM.
- Pemilihan peserta akan dilakukan secara berperingkat dan bersasar oleh Kementerian Pertahanan melalui sistem rekod kebangsaan dan prestasi Fasa 1.
- Wajib bagi peserta yang terpilih, namun ada pertimbangan pengecualian atas faktor kesihatan, pendidikan lanjut, atau lain-lain sebab munasabah.
Modul Latihan Utama
- Modul Kenegaraan: Sejarah negara, Rukun Negara, perlembagaan dan sistem pentadbiran.
- Modul Ketenteraan Asas: Kawad kaki, ikhtiar hidup, kawalan keselamatan asas, pertolongan cemas.
Modul Disiplin dan Sahsiah: Kepimpinan, tanggungjawab sosial dan etika. - Modul Patriotisme dan Kesukarelawanan: Aktiviti khidmat masyarakat, RELA, APM dan Jabatan Bomba.
- Modul Kecergasan Fizikal: Senaman asas, disiplin harian, dan bina ketahanan diri.
Tarikh Penting