Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
JHEV VIBES ialah sistem semakan dalam talian yang membolehkan veteran ATM dan waris menyemak kelayakan bantuan, status permohonan, serta kemudahan kebajikan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam membuat bayaran fi pusaka.
Kalkulator Akta 300 ialah alat simulasi yang membolehkan pengguna membuat pengiraan pembahagian harta pusaka bagi si mati bukan Islam mengikut peruntukan di bawah Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
Kalkulator Faraid ialah alat simulasi yang membolehkan pengguna membuat pengiraan anggaran pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid Islam secara atas talian berdasarkan bilangan waris dan jenis hubungan.
Perkhidmatan ini membolehkan waris atau pemohon menyemak status permohonan pembetulan maklumat berkaitan kematian dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), termasuk pembatalan atau pindaan sijil kematian, secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak status permohonan berkaitan permohonan pembahagian pusaka melalui portal MyLAND.
Aplikasi MyLAND membolehkan waris dan pihak yang berkepentingan membuat permohonan pembahagian pusaka kecil, menyemak status permohonan dan perbicaraan secara dalam talian serta membuat pembayaran Perintah Pusaka melalui ePayment Sistem MyLAND tanpa perlu hadir ke pejabat. Perkhidmatan secara dalam talian ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai dalam menguruskan harta pusaka si mati.
Carian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melalui portal PAWE JKM membolehkan pengguna mencari lokasi PAWE berhampiran yang menyediakan aktiviti harian, sokongan sosial dan perkhidmatan komuniti untuk warga emas di seluruh negara.
Portal Warga Emas (eWARGA EMAS) adalah usaha Kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan dalam Dasar Warga Emas iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu. Portal ini membolehkan warga emas mendaftar sebagai ahli di Pusat Aktiviti Warga Emas dan mencari lokasi PAWE berhampiran.
Sistem ini membolehkan pesara kerajaan menyemak status kelulusan tuntutan bayaran balik perubatan yang dikemukakan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Ia memudahkan pemantauan tuntutan secara atas talian.
Mengurus ibu bapa yang semakin berusia memerlukan kesabaran, perhatian dan kasih sayang yang berterusan. Pada peringkat ini, mereka mungkin memerlukan sokongan tambahan dari segi kesihatan, emosi, kewangan dan penjagaan harian. Ikuti topik dan panduan berkaitan pengurusan ibu bapa yang uzur di dalam perjalanan persona ini.
Kesihatan ibu bapa yang berusia memerlukan perhatian khusus agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti. Dengan keprihatinan anak-anak serta akses kepada kemudahan kesihatan kerajaan dan komuniti, ibu bapa dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan menjalani hari tua dengan lebih tenang.
Kehilangan ibu bapa merupakan saat penuh duka untuk anak-anak. Mengurus kematian mereka merupakan satu tanggungjawab penting yang melibatkan urusan segera. Ia merangkumi pengurusan jenazah, urusan pengebumian serta penyelesaian dokumen rasmi seperti sijil kematian. Topik di dalam perjalanan persona ini dapat membantu anda mencari panduan tepat dalam pengurusan kematian.
Pencen terbitan merupakan salah satu faedah yang diberikan Kerajaan kepada waris pesara/ penjawat awam/ tentera bagi memastikan kebajikan waris terjamin selepas kematian pesara. Sebagai waris, proses permohonan dan pengurusan faedah pencen yang layak diterima pasangan atau tanggungan yang sah perlu dilakukan. Kenal pasti topik dan panduan khusus pengurusan pencen terbitan di dalam perjalanan persona ini.
Mengurus harta pusaka adalah proses penting bagi memastikan aset si mati diagihkan kepada waris dengan teratur dan adil. Proses ini melibatkan urusan rasmi seperti pengesahan waris, pentadbiran harta serta pembahagian mengikut hukum faraid atau instrumen perancangan yang telah ditetapkan. Ikuti topik berkaitan mengurus harta pusaka di dalam perjalanan persona ini.