Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 1 Disember 2022. Ia bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. Caruman: RM120 bagi tempoh perlindungan 12 bulan berturut-turut. Caruman boleh dibuat suami, suri rumah, keluarga atau pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. Antara faedah skim ini meliputi Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Pengurusan Mayat.
Program Matrikulasi adalah salah satu laluan pra universiti yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi (IPT). Jurusan pengajian yang ditawarkan: Sains Kejuruteraan Perakaunan Perakaunan Profesional Syarat am: Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon Pemohon mestilah calon SPM semasa Maklumat asas matrikulasi: Yuran pengajian dan penginapan percuma Pelajar yang layak akan mendapat Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) Lulusan Sijil Matrikulasi KPM boleh memohon jawatan pada Gred 29 bagi skim perkhidmatan berkaitan dalam perkhidmatan awam
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia ialah institusi pendidikan yang menggabungkan pendidikan akademik dan pengajian Islam. Kategori SMKA di Malaysia SMKA - Aliran Agama Mengambil mata pelajaran tambahan Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah SMKA - Tahfiz Model Ulul Albab Memberi fokus kepada hafazan Al-Quran Menggabungkan Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab
Program Pra Diploma UiTM adalah program khas yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada pelajar lepasan SPM dari kalangan bumiputera yang tidak memenuhi syarat terus ke program diploma, tetapi menunjukkan potensi untuk berjaya dalam pengajian tinggi. Pengenalan kepada Program Pra Diploma UiTM Program asas selama 1 semester (4–6 bulan) Bertujuan meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran akademik pelajar sebagai persediaan menyambung ke program diploma UiTM Terbuka kepada pelajar bumiputera sahaja Program yang ditawarkan: Pra Diploma Perdagangan Pra Diploma Sains Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) Pra Diploma Agroteknologi Pra Diploma Pengajian Islam
Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita tahun 2025–2030 (DWN dan PTPW 2025-2030) merupakan dasar strategik kerajaan Malaysia. Ia dirangka sebagai panduan kepada pelaksanaan semua strategi, program dan inisiatif bagi memperkasakan golongan wanita di Malaysia. Pelaksanaan dasar yang menggunakan pendekatan keseluruhan negara atau “ Whole of Nation and Whole of Government approach ” ini diselaras dan dipantau oleh Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Tema DWN dan PTPW 2025-2030: Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara Empat bidang keutamaan: Ekonomi Kepimpinan Keselamatan Kesejahteraan Ketahui lebih lanjut tentang DWN dan PTPW 2025-2030 serta sasaran setiap bidang keutamaan:
Kanak-kanak berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami kelainan dari segi fizikal, deria, intelektual, pembelajaran, tingkah laku atau emosi, yang memerlukan sokongan dan intervensi khas untuk mencapai perkembangan optimum. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui fasiliti kesihatan primer dan pakar memberi fokus kepada pengesanan awal, intervensi awal dan sokongan berterusan bagi membantu golongan ini membesar dalam persekitaran yang menyokong perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh. Bawa anak anda klinik berhampiran sekiranya berlaku kelewatan perkembangan. Jenis keperluan khas yang biasa dikenal pasti Autisme (ASD) Cerebral Palsy Sindrom Down Masalah Pembelajaran Spesifik (seperti disleksia) Kecacatan pendengaran atau penglihatan Kelewatan perkembangan global Perkhidmatan disediakan oleh KKM Saringan perkembangan di Klinik Kesihatan Program Intervensi Awal untuk bayi dan kanak-kanak berisiko Rujukan kepada pakar perubatan seperti pakar perubatan keluarga, pakar pediatrik, terapi carakerja, fisioterapi, terapi pertuturan dan sebagainya. Kaunseling dan bimbingan kepada ibu bapa dan penjaga Pendidikan kesihatan dan latihan keibubapaan Pemeriksaan dan rawatan pergigian Rujukan: Portal MyHealth
Selain Laluan Perdana (UPUOnline), terdapat juga Laluan Kedua untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Laluan ini diwujudkan bagi memberi peluang tambahan kepada pelajar yang tidak berjaya melalui UPUOnline atau ingin memohon terus ke program tertentu yang ditawarkan oleh universiti. Permohonan: terus ke universiti Yuran pengajian: 90% ditanggung oleh Kerajaan Permohonan boleh dibuat melalui portal IPTA yang menawarkan program pengajian yang dibuka pada tempoh tertentu. Antara senarai universiti yang menawarkan Laluan Kedua:
Di Malaysia, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) didefinisikan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) sebagai individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria di mana kekurangan tersebut boleh menghalang daripada penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat secara setara dengan orang lain.
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah institusi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun. Di Malaysia, semua TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bagi memastikan standard keselamatan dan kualiti penjagaan dipatuhi. Semak senarai TASKA berdaftar: Ibu bapa yang ingin memastikan TASKA pilihan mereka berdaftar dengan Kerajaan boleh melakukan semakan di portal berikut: Kepentingan memilih TASKA berdaftar: Keselamatan : Memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak Kebersihan : Menjaga kebersihan premis dan kesihatan kanak-kanak Kualiti : Memberikan penjagaan dan pendidikan awal yang berkualiti Kelayakan pengasuh : Pengasuh yang terlatih dan berkelayakan Dengan memilih TASKA berdaftar, anda dapat memastikan anak anda dapat menerima penjagaan dan pendidikan awal yang terbaik dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.
Human Resource Development Corporation (HRD Corporation) merupakan sebuah organisasi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan modal insan di Malaysia. HRD Corp memainkan peranan utama dalam menggalakkan dan menyokong latihan serta pembangunan pekerja terutamanya dalam sektor swasta. This is a test to include HTML block inside accordion Antara peranan HRD Corp: Mengurus dana pembangunan sumber manusia melalui pungutan levi Meningkatkan kompetensi pekerja Malaysia menerusi kursus, latihan dan pensijilan Menyokong agenda Pembangunan Modal Insan Negara Memantau penyedia latihan bagi memastikan kualiti program latihan Menyokong kerjasama dengan majikan dan industri