Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Perkhidmatan ini membolehkan pemohon menyemak status permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran seperti perubahan nama, tarikh lahir, atau maklumat ibu bapa. Semakan boleh dilakukan selepas permohonan pembetulan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Perkhidmatan ini menawarkan penjagaan profesional kepada ibu selepas bersalin, termasuk urutan postnatal, bertungku, pemakaian bengkung, dan rawatan tradisional lain untuk memulihkan kesihatan ibu dalam tempoh berpantang.
Perkhidmatan ini menawarkan permohonan Rawatan Kesuburan (subfertiliti) seperti kaunseling kesuburan, rawatan permanian beradas (IUI) dan rawatan Assisted Reproductive Technology (ART)
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa membuat pra-pendaftaran kelahiran anak secara dalam talian sebelum hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengesahan dan mendapatkan sijil kelahiran. Sistem ini mempercepatkan proses dokumentasi dan mengurangkan masa menunggu di kaunter bagi mengelakkan pendaftaran lewat kelahiran
Perancangan keluarga merupakan usaha pasangan suami isteri untuk merancang bilangan dan jarak kelahiran anak mengikut kemampuan fizikal, emosi dan kewangan mereka. Di Malaysia, perancangan keluarga disokong oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Anda hamil! Dalam tempoh ini, aspek kesihatan sangat dititikberatkan termasuk pemantauan kesihatan ibu, perkembangan bayi serta sokongan emosi. Penjagaan awal ini penting bagi memastikan kehamilan berjalan lancar dan risiko komplikasi dapat dielakkan. Bakal ibu juga perlu mendaftar rekod kehamilan di klinik kesihatan untuk membuka Buku Pink. Ketahui maklumat dan info penting semasa fasa yang mengujakan ini.
Detik yang dinantikan oleh setiap bakal ibu bapa adalah menyambut kelahiran cahaya mata. Fasa ini merangkumi pelbagai aspek penting seperti menyediakan keperluan bayi, memahami tanda-tanda bersalin serta membuat perancangan penjagaan selepas kelahiran. Dalam sistem kesihatan Malaysia, bakal ibu digalakkan bersalin di fasiliti kesihatan yang selamat di bawah seliaan pegawai perubatan.
Selepas bersalin, pemulihan fizikal dan penjagaan emosi adalah tempoh kritikal bagi ibu yang sedang berpantang. Manakala bayi memerlukan penjagaan rapi dari segi penyusuan, kebersihan dan kesihatan. Lawatan susulan ke klinik kesihatan, pemantauan tumbesaran bayi serta sokongan emosi kepada ibu adalah sebahagian daripada aspek penjagaan selepas bersalin.