Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Bantuan kewangan ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna mencari dan mendapatkan maklumat mengenai institusi TVET awam di seluruh Malaysia. Carian boleh dibuat berdasarkan agensi, negeri, dan jenis institusi.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak senarai sekolah, madrasah, atau pusat pengajian Islam yang sah, termasuk maklumat asas institusi, status pendaftaran serta pengiktirafan yang diberikan.
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa atau penjaga membuat carian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkhidmatan ini membolehkan calon menyemak keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan calon menyemak keputusan Malaysian University English Test (MUET) secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan calon menyemak keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi setiap semester dan keseluruhan secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan calon SPMU menyemak keputusan secara atas talian atau melalui SMS selepas pengumuman rasmi tanpa perlu hadir ke sekolah atau pejabat pendidikan.
MySPIKE ialah sebuah sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Tujuannya ialah memperkemas dan meningkatkan proses penyampaian serta pengurusan latihan kemahiran di Malaysia melalui digitalisasi.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna mencari dan mendapatkan maklumat mengenai kursus-kursus TVET yang ditawarkan oleh institusi latihan di seluruh Malaysia. Carian boleh dibuat berdasarkan nama kursus, tahap pengajian, institusi, negeri, dan sektor.
Menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda tentunya menjadi satu fasa yang mengujakan dan membanggakan buat diri sendiri dan keluarga. Ikuti topik-topik yang dibangunkan khusus kepada anda yang ingin menyambung pengajian di menara gading.
Bagi individu yang ingin menyambung pengajian pasca ijazah sama ada kerana minat yang mendalam atau keperluan dalam pekerjaan, terdapat beberapa topik dan perkhidmatan yang sesuai untuk anda terokai menerusi perjalanan persona ini.
Bagi pelajar IPT, sokongan kewangan amat penting untuk memastikan anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian. Kerajaan menyediakan pelbagai skim bantuan seperti biasiswa dan pinjaman pendidikan untuk meringankan kos yuran, penginapan dan sara hidup. Dapatkan maklumat tentang peluang biasiswa, bantuan kewangan serta pinjaman pendidikan yang boleh dimanfaatkan pelajar IPT di dalam perjalanan persona ini.
Latihan industri merupakan salah satu fasa penting bagi pelajar IPT untuk menghubungkan ilmu teori dengan pengalaman dunia sebenar. Selain meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran graduan, latihan industri juga membuka peluang kerjaya selepas tamat pengajian. Ketahui topik serta perkhidmatan digital berkaitan latihan industri di dalam perjalanan persona ini.