Setiap bayi yang lahir di Malaysia akan menerima buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak. Buku rekod ini merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau perkembangan, pertumbuhan dan rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak sejak lahir hingga usia 6 tahun.
Tanggungjawab Ibu Bapa
- Ibu bapa perlu membaca dan memahami maklumat penting mengenai kesihatan anak di dalam buku ini
- Simpan buku ini dengan baik kerana ia mengandungi rujukan mengenai sejarah kesihatan anak
- Anda digalakkan untuk berkomunikasi dan berbincang tentang masalah dan status kesihatan anak bersama anggota kesihatan
- Bawa buku ini setiap kali ke klinik/hospital (kerajaan/swasta)
Kandungan Buku Rekod Kesihatan
Antara kandungan utama dalam buku ini termasuk:
- Maklumat Kelahiran
- Jadual dan Rekod Imunisasi
- Carta Pertumbuhan
- Rekod Pemeriksaan Kesihatan Berkala
- Panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak (m/s 18-20)
- Penjagaan kesihatan pergigian
- Panduan keibubapaan dan kesihatan ibu
Kepentingan buku rekod:
- Menyimpan rekod semua maklumat kesihatan anak termasuk berat, tinggi, ukuran lilit kepala, dan perkembangan fizikal serta mental.
- Menjadi rujukan penting kepada petugas kesihatan kerajaan dan swasta dalam setiap lawatan susulan.
- Memastikan anak menerima imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
- Meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang tahap kesihatan dan perkembangan anak dari semasa ke semasa.
- Membantu pengesanan awal terhadap sebarang masalah kesihatan, kelewatan perkembangan, atau penyakit kronik semasa lawatan berkala.
Jadual Pemeriksaan Bayi dan Kanak-Kanak

