Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Perkhidmatan ini membolehkan Suri Rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih membuat caruman sukarela KWSP untuk menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa
Carian pantas dan semakan status bagi Program Perumahan Awam (seperti PPR Dimiliki, PPR Disewa, Rumah Transit, PPAM), serta akses ke maklumat dan pautan permohonan rasmi setiap skim.
Carian interaktif bagi projek dan skim perumahan awam yang kini dibuka (contohnya PPR, Rumah Transit, PPAM), termasuk info tempoh permohonan, harga, lokasi dan syarat untuk memohon.
Permohonan atas talian bagi skim Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Aplikasi ini memaparkan pelbagai inisiatif bantuan kerajaan persekutuan & kerajaan negeri – termasuk makanan, kesihatan, pendapatan, pengangkutan, pendidikan, perumahan dan utiliti, serta inisiatif-inisiatif umum yang lain.
Bantuan tunai langsung oleh kerajaan Malaysia kepada golongan B40 dan M40 yang layak, termasuk isi rumah, bujang, warga emas dan ibu/bapa tunggal. Permohonan dan semakan status boleh dibuat sepenuhnya secara atas talian.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak baki Skim Perubatan MADANI, iaitu inisiatif untuk memberikan perlindungan kesihatan kepada golongan yang memerlukan. Perkhidmatan ini hanya disediakan di platform aplikasi mudah alih.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna mencari klinik yang terlibat di bawah Skim Perubatan MADANI, iaitu inisiatif untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer percuma kepada golongan B40 yang layak. Perkhidmatan ini juga disediakan di platform aplikasi mudah alih.
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam membuat penilaian kendiri secara dalam talian untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan guaman berdasarkan pendapatan dan tanggungan.
Bagi keluarga berpendapatan rendah, sokongan dalam bentuk bantuan amat penting untuk memastikan kelangsungan hidup dan memenuhi keperluan asas. Kerajaan menyediakan pelbagai skim bantuan melalui beberapa agensi berkaitan untuk meringankan beban kos sara hidup. Kenal pasti bantuan yang sesuai mengikut kategori dan keperluan keluarga anda menerusi topik-topik di dalam perjalanan persona ini.
Bantuan pendidikan disediakan bagi memastikan setiap pelajar berpeluang meneruskan pengajian tanpa beban kewangan. Sokongan ini merangkumi biasiswa, dermasiswa serta bantuan persekolahan. Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan pendidikan khusus kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk mereka mencapai kecemerlangan akademik serta merancang masa depan dengan lebih terjamin.
Bagi keluarga berpendapatan rendah, akses kepada kemudahan kesihatan yang berkualiti amat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup. Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dan skim perlindungan kesihatan seperti PeKa B40 serta bantuan khas melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan. Ikuti topik di dalam perjalanan persona ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan kemudahan kesihatan.
Mendapatkan kediaman yang selamat dan selesa merupakan antara cabaran besar bagi keluarga berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan menyediakan pelbagai skim bantuan perumahan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat (RMR), serta skim sewaan dan subsidi perumahan bagi memastikan golongan ini mendapat tempat tinggal yang sesuai dan selamat. Melalui inisiatif ini, keluarga berpendapatan rendah berpeluang memiliki atau menyewa rumah pada kadar mampu milik, sekali gus meningkatkan kualiti hidup dan kestabilan keluarga.
Akses kepada peluang pekerjaan yang stabil amat penting untuk meningkatkan taraf hidup. Kerajaan melalui pelbagai agensi menyediakan bantuan pekerjaan seperti penempatan kerja, program peningkatan kemahiran serta skim perlindungan tertentu bagi membantu golongan ini menambah pendapatan dan keluar daripada kitaran kemiskinan dengan lebih berdaya saing.