Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal rasmi untuk memohon jawatan tetap/ kontrak dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.
Sistem permohonan jawatan tetap dan kontrak secara dalam talian di bawah Kerajaan Negeri Selangor melalui platform e-SPNS.
Sistem dalam talian untuk permohonan jawatan Perkhidmatan Awam Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Sistem dalam talian untuk permohonan jawatan tetap/kontrak di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah melalui SPANS.
Sistem ini menggantikan SPA9 untuk permohonan jawatan dalam sektor kerajaan negeri Perak (tetap & kontrak).
Sistem e-SPANP membolehkan permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dibuat secara dalam talian. Jawatan melibatkan pelbagai kategori termasuk pegawai, pembantu dan kontrak.
Sistem dalam talian untuk permohonan jawatan tetap/ kontrak negeri Kelantan.
Sistem dalam talian untuk permohonan jawatan tetap atau kontrak di Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.
Portal dalam talian rasmi untuk memohon jawatan Kerajaan Negeri Johor (tetap/ kontrak).
Platform MyNext Talent oleh TalentCorp menyediakan peluang latihan industri berstruktur di syarikat-syarikat yang diiktiraf di Malaysia. Melalui program MySIP, pelajar dijamin menerima elaun minimum dan latihan kemahiran tambahan.
Bagi pencari kerja, penguasaan kemahiran yang relevan dan terkini amat penting untuk meningkatkan peluang diterima majikan. Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan, pensijilan profesional serta kursus peningkatan kemahiran yang dapat membantu anda bersedia untuk keperluan pasaran kerja semasa. Lihat maklumat dan program yang sesuai dengan keperluan anda untuk meningkatkan kebolehpasaran menerusi topik-topik berikut.
Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, persediaan yang rapi amat penting bagi memastikan pencari kerja lebih bersedia dan yakin menghadapi persaingan. Ikuti topik dan tips persediaan umum untuk membantu anda lebih bersedia.
Bekerja dalam sektor awam merupakan antara pilihan pencari kerja sebagai peluang pembangunan kerjaya yang profesional dan juga sebagai cara berkhidmat untuk negara. Permohonan biasanya dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan agensi kerajaan lain yang menguruskan pengambilan jawatan mengikut bidang serta kelayakan. Ketahui lebih lanjut tentang memohon pekerjaan dalam sektor awam menerusi topik-topik khas di dalam perjalanan persona ini.
Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi menyokong pencari kerja yang kehilangan pekerjaan. Terdapat juga bantuan dan program khas kepada pencari kerja daripada golongan rentan seperti OKU dan warga emas. Anda boleh menyemak senarai bantuan pencari kerja di dalam perjalanan persona ini.