Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Program sokongan untuk membantu wanita kembali bekerja selepas cuti kerjaya yang panjang, melalui penyambungan dengan majikan, bengkel latihan, mentoring, dan pengecualian cukai lanjut (melalui Career Comeback Tax Exemption)
Perkhidmatan ini adalah repositori data dan pengurusan permohonan bantuan khas perbendaharaan (BKP) bagi pelaksanaan program pemerkasaan wanita oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Perkhidmatan ini adalah repositori data dan pengurusan program pemerkasaan wanita. Platform ini berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) yang memudahkan golongan wanita mengakses maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Talian Kasih 15999 ialah platform talian aduan awam 24 jam yang menawarkan khidmat aduan dan bantuan segera berkaitan Perkhidmatan Kaunseling, Penderaan, Pengabaian Kanak-kanak, Gangguan Seksual, Pembuangan Bayi, Kebajikan Kumpulan Sasaran, Bantuan Perlindungan, Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif, Bimbingan Sosial Remaja dan isu sosial lain. Disediakan oleh KPWKM secara percuma dan rahsia.
i-Sayang membolehkan pemindahan caruman sebanyak 2% daripada caruman KWSP suami yang diterima daripada majikan ke akaun KWSP isteri.
Perkhidmatan ini membolehkan Suri Rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih membuat caruman sukarela KWSP untuk menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa
Aplikasi ini memaparkan pelbagai inisiatif bantuan kerajaan persekutuan & kerajaan negeri – termasuk makanan, kesihatan, pendapatan, pengangkutan, pendidikan, perumahan dan utiliti, serta inisiatif-inisiatif umum yang lain.
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam membuat penilaian kendiri secara dalam talian untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan guaman berdasarkan pendapatan dan tanggungan.
Kesihatan wanita merupakan aspek penting dalam memastikan kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Kerajaan menyediakan pelbagai panduan serta kemudahan khusus seperti pemeriksaan kesihatan berkala, klinik kesihatan wanita, rawatan kesuburan serta program kesedaran tentang penyakit berisiko seperti kanser payudara dan kanser serviks. Kenal pasti kemudahan kesihatan khusus kepada wanita menerusi topik di dalam perjalanan persona ini.
Kerajaan melalui pelbagai dasar dan program sokongan menyediakan latihan kemahiran, akses kepada pembiayaan serta platform pembangunan perniagaan bagi memperkukuh kedudukan wanita dalam ekonomi. Melalui peluang ini, wanita bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup dan berdikari dari segi kewangan, malah berperanan besar dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta memberi inspirasi kepada masyarakat.
Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan khusus bagi wanita untuk memastikan kebajikan, keselamatan sosial dan pembangunan mereka sentiasa terjamin. Lihat beberapa inisiatif khas untuk wanita yang disediakan menerusi topik berikut.
Wanita merupakan figura penting terutamanya dalam pembangunan dan kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Golongan ini memerlukan perlindungan khusus bagi menjamin hak serta keselamatan mereka di Malaysia. Terdapat akta dan undang-undang khusus dalam memastikan wanita kekal dilindungi dan dimartabatkan. Ikuti topik berkaitan undang-undang dan perlindungan wanita menerusi perjalanan persona ini.