.png&w=3840&q=75)
Perkhidmatan Digital Kerajaan
Gerbang digital berpusat untuk rakyat mendapatkan maklumat, panduan dan akses kepada perkhidmatan kerajaan

Kenali MyKid
MyKid adalah kad pengenalan pintar bercip untuk warganegara Malaysia berumur bawah 12 tahun. Ia mengandungi maklumat penting kanak-kanak seperti nama, nombor daftar kelahiran, tarikh lahir dan alamat.
Tiga maklumat yang disimpan dalam cip:
- Data kelahiran (JPN)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan MyKid:
- Mudah dibawa – Saiz kecil dan ringan
- Penyimpanan maklumat digital – Menyimpan maklumat kanak-kanak untuk rujukan pelbagai agensi kerajaan
- Ciri keselamatan – Mengelak untuk disalah guna
- Memudahkan urusan rasmi – Digunakan dalam urusan di klinik, hospital, sekolah, dan agensi kerajaan
Cara memohon MyKid
- Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Hadir ke mana-mana cawangan JPN bersama dokumen:
- Sijil Kelahiran Asal bayi / Borang W / Borang H (kelahiran luar negara)
- Kad Pengenalan Ibu Bapa (asal & salinan)
- Caj permohonan
Percuma untuk permohonan pertama
Maklumat lanjut berkenaan MyKid Semak status permohonan MyKidSkim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 1 Disember 2022.
Ia bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
Caruman: RM120 bagi tempoh perlindungan 12 bulan berturut-turut.
Caruman boleh dibuat suami, suri rumah, keluarga atau pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.
Antara faedah skim ini meliputi Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Pengurusan Mayat.
Baca lanjut tentang Skim Keselamatan Sosial Suri RumahDaftar SKSSRApakah mamogram?
Mamogram ialah sejenis ujian pengimejan sinar-X ke atas payudara yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda awal kanser payudara. Ia adalah kaedah saringan paling berkesan dan terbukti secara klinikal untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal iaitu sebelum gejala timbul.
Program Subsidi Ujian Mamogram dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ujian mamogram (saringan kanser payudara)
- Disasarkan kepada wanita berumur 40 hingga 70 tahun.
- Keutamaan diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi.
- Diberikan secara subsidi atau percuma, bergantung kepada pendapatan isi rumah (kurang daripada RM10,000 sebulan).
- Dilakukan di pusat panel mamogram berdaftar dengan LPPKN.
Pemohon boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke Klinik Nur Sejahtera yang berdekatan atau daftar di portal eMamogram.
Portal eMamogramMaklumat lanjut program subsidi MamogramSoalan lazim subsidi MamogramSemak lokasi Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatanTABIKA Perpaduan adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Program ini diwujudkan untuk memberi pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan penekanan kepada perpaduan etnik dan integrasi nasional sejak usia muda.
Ciri-Ciri TABIKA Perpaduan
- Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM
- Fokus kepada pemupukan nilai perpaduan dengan penyertaan murid dari pelbagai etnik dan budaya
Syarat Kemasukan TABIKA Perpaduan
Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun persekolahan (keutamaan diberi kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun)
- Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi TABIKA Perpaduan
- Murid-murid bukan berkeperluan khas
- Penyertaan terbuka kepada semua etnik dengan matlamat meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui:
- Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di daerah masing-masing.
- Melalui sistem pendaftaran TABIKA Perpaduan dalam talian.
- Melalui guru atau pengurusan TABIKA Perpaduan di kawasan tempat tinggal.
Berikut merupakan kategori dan jenis OKU yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
Kategori OKU di Malaysia
- Kurang Upaya Fizikal
- Kehilangan atau kecacatan anggota badan
- Kelemahan otot atau sendi
- Tidak boleh berjalan atau memerlukan bantuan alat sokongan (kerusi roda, tongkat dan sebagainya)
- Contoh: amputasi, cerebral palsy (CP)
- Kurang Upaya Pembelajaran
- Gangguan dalam keupayaan belajar yang melibatkan kognitif, akademik atau fungsi adaptif
- Biasanya dikenalpasti pada usia kanak-kanak
- Contoh:
- Disleksia
- Autisme (ASD)
- Down Syndrome
- Global Developmental Delay (GDD)
- Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
- Kurang Upaya Pendengaran
- Kehilangan keupayaan untuk mendengar sama ada secara separa atau keseluruhan
- Perlu alat bantu pendengaran atau komunikasi alternatif seperti bahasa isyarat
- Kurang Upaya Penglihatan
- Buta atau penglihatan terhad walaupun selepas rawatan
- Contoh: buta sepenuhnya, rabun teruk (low vision), retinitis pigmentosa
- Kurang Upaya Pertuturan
- Masalah dalam penghasilan bunyi, artikulasi atau kefasihan pertuturan
- Boleh berlaku akibat kerosakan neurologi atau struktur otot mulut
- Contoh: gagap teruk, masalah sebutan, tiada pertuturan langsung
- Kurang Upaya Mental
- Gangguan mental yang menjejaskan pemikiran, emosi dan tingkah laku
- Perlu disahkan oleh pakar psikiatri kerajaan
- Contoh: skizofrenia, bipolar, kemurungan teruk
- Kurang Upaya Pelbagai
- Individu yang mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dalam masa yang sama
- Contoh: OKU penglihatan dan fizikal, OKU pembelajaran dan pertuturan
PERMATA Kurnia ialah pusat intervensi awal yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak autisme di Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program PERMATA di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Syarat Kemasukan:
- Terbuka kepada kanak-kanak autisme yang berumur 2 hingga 6 tahun dan merupakan pemegang kad OKU
- Warganegara Malaysia
- Perlu melalui saringan dan penilaian oleh Panel Pakar Perubatan PERMATA Kurnia bagi memastikan mereka sesuai untuk program ini
- Ibu bapa bersetuju mengikuti peraturan PERMATA Kurnia
Lokasi PERMATA Kurnia:
- PERMATA Kurnia di Sentul, Kuala Lumpur merupakan pusat intervensi utama untuk autisme di Malaysia.
- PERMATA Kurnia di Presint 11 Putrajaya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak- Kanak (Integrasi) PERMATA. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Program PERMATA Kurnia dan Program PERMATA Negara.
test
Apabila berlaku kematian seseorang terutamanya ahli keluarga, terdapat beberapa langkah awal penting yang perlu diambil bagi menguruskan jenazah dan urusan rasmi.
Berikut ialah panduan langkah awal apabila berlaku kematian di Malaysia:
- Sahkan kematian
- Kematian di hospital/ klinik
Pegawai perubatan akan mengeluarkan surat pengesahan kematian
Dokumen ini digunakan untuk urusan pengebumian dan pendaftaran kematian di JPN
- Kematian di rumah/ luar hospital/ klinik
Hubungi talian 999 untuk mengesahkan kematian (sekiranya perlu)
Laporkan kepada polis bagi mendapatkan permit pengebumian
Jika kematian diragui, kes akan dirujuk kepada polis untuk siasatan dan mungkin melibatkan bedah siasat
- Urus pengebumian
Hubungi pengurusan jenazah masjid bagi jenazah muslim
Bagi jenazah bukan muslim, urusan pengebumian akan mengikut upacara agama masing-masing.