Pelan Strategik

Pelan Strategik KDN

Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (PSKDN) 2021-2025 merupakan rujukan dan panduan asas bagi semua warga Kementerian dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai keseluruhan fungsi teras KDN. PSKDN ini juga dapat mengukuhkan peranan Kementerian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat melalui pelaksanaan yang komprehensif bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya. Pelan ini memperjelaskan hala tuju strategik Kementerian bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Pelan ini juga akan dapat memandu dengan jelas Jabatan dan Agensi di bawah KDN bagi membangunkan pelan strategik masing-masing. 

PSKDN telah dihasilkan berasaskan kepada suatu perancangan yang teliti dan bersepadu bagi memastikan negara dapat mendepani cabaran masa hadapan. Penyediaan pelan ini telah mengambil kira program-program KDN yang diselarikan dengan misi global, nasional serta aspirasi perkhidmatan awam.

Pautan:

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved