Bantuan
Gerbang Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (GOS Gateway) MyGovernment menawarkan maklumat dan perkhidmatan kerajaan yang lebih luas. Ia direka khas sebagai saluran rasmi utama kepada pengguna bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Internet. Melalui MyGovernment, pengguna dihubungkan dengan lebih daripada 1500 laman web agensi kerajaan di seluruh negara.
Aduan dan Maklumbalas
Melalui pautan maklum balas, maklumat lanjut atau maklumat tambahan yang diperlukan oleh pengguna akan disalurkan kepada pegawai kami. Selain daripada itu, MyGovernment akan menyalurkan soalan khusus pengguna kepada jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, dan maklumbalas akan diberikan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
Pautan : Aduan dan Maklumbalas
W3C :Web Kebolehcapaian Kandungan (Akses Kurang Upaya)
Gerbang MyGovernment menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuaian kepada kandungan gerbang ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative(WAI) yang menjadikan Gerbang ini boleh dicapai oleh Orang Kelainan Upaya(OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.
Dasar dan Polisi
Gerbang ini mempunyai beberapa polisi dan Dasar Keselamatan yang menjelaskan syarat penggunaan maklumat dan bahan yang terdapat di dalam Gerbang MyGovernment. Dasar Privasi menjelaskan bagaimana MyGovernment melindungi maklumat yang telah anda kongsi di dalam Gerbang MyGovernment. Manakala Polisi e-Penyertaan diwujudkan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan
Pautan: