Modul kekeluargaan ini menjelaskan tentang peringkat pertumbuhan dan perkembangan manusia dari lahir ke dunia sehingga kembali semula bertemu dengan pencipta (Allah SWT) dalam keadaan Husnul Khatimah (kesudahan yang baik). Di samping itu, modul ini juga memberi penekanan terhadap apa yang perlu dibuat pada peringkat pelbagai umur tersebut yang mengambilkira aspek fizikal, intelektual, rohani dan emosi.