Perkhidmatan dalam talian Kerajaan merupakan antara saluran untuk menyampaikan perkhidmatan yang berstruktur dan mempercepatkan pencapaian perkhidmatan yang disediakan. Gerbang Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (Government Online Services Gateway) yang dikenali sebagai Portal MyGovernment dibangunkan sebagai pusat masuk tunggal (single entry point) dan pendaftaran tunggal (single sign-on) yang membolehkan rakyat mencapai perkhidmatan dalam talian Kerajaan.
Garis panduan Gerbang Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (MyGovernment) telah diwujudkan sebagai sumber rujukan kepada agensi sektor awam bagi mencapai objektif seperti berikut:
i. Menyediakan panduan pembangunan laman web berdasarkan life event dan berpaksikan rakyat; dan
ii. Menyediakan panduan kepada pembangunan dan penyenggaraan perkhidmatan dalam talian Kerajaan bagi mewujudkan keseragaman interaksi portal MyGovernment dan perkhidmatan dalam talian agensi.