Bantuan Zakat
Bantuan zakat merupakan salah satu bentuk agihan dana zakat yang dikutip daripada umat Islam dan disalurkan kepada golongan yang layak mengikut syariat Islam. Pengurusan zakat dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melalui Pusat-pusat Zakat Negeri, di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Golongan penerima zakat dipanggil sebagai asnaf. Terdapat 8 kategori asnaf iaitu: Fakir – Tiada pendapatan langsung atau amat daif Miskin – Mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi keperluan asas Amil – Mereka yang dilantik untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat Muallaf – Orang yang baru memeluk Islam dan memerlukan sokongan Riqab – Golongan yang membebaskan hamba (kini jarang diamalkan; kadangkala ditafsirkan sebagai membebaskan individu dari belenggu hutang atau penindasan) Gharimin – Orang yang berhutang untuk keperluan hidup atau maslahat umum Fisabilillah – Aktiviti atau perjuangan di jalan Allah seperti pendidikan Islam, dakwah dan sebagainya Ibnu Sabil – Musafir yang terputus bekalan atau bantuan Rujukan: MAIWP
Bergantung kepada negeri masing-masing, bantuan zakat boleh meliputi: Bantuan kewangan bulanan Bantuan persekolahan dan IPT Bantuan sewa rumah Bantuan perubatan Bantuan kecemasan (bencana, kematian dan sebagainya) Modal perniagaan untuk asnaf Elaun warga emas, OKU dan ibu tunggal Anda boleh menyemak jenis bantuan yang diberikan di portal agensi bantuan zakat di negeri masing-masing.
Sekiranya anda memerlukan bantuan zakat, anda digalakkan untuk menyemak kelayakan dan membuat permohonan seperti berikut: Cara memohon: Hadir ke pejabat zakat negeri atau kaunter bergerak atau Secara dalam talian melalui portal rasmi Isi borang permohonan dan sediakan dokumen sokongan seperti salinan IC, slip gaji, bil utiliti dan surat pengesahan pendapatan Berikut merupakan senarai agensi yang menyalurkan bantuan zakat di seluruh negeri: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Sektor bantuan: Mohon zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohon zakat Zakat Negeri Sembilan (MAINS) Mohon zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Mohon zakat Pusat Zakat Melaka Mohon zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Perak (MAIAMP) Mohon zakat Zakat Pulau Pinang Mohon zakat Zakat Pulau Pinang Mohon zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah Mohon zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mohon zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Mohon zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Mohon zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Mohon zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Mohon zakat Tabung Baitulmal Sarawak Mohon zakat
