Bantuan Perumahan
TEDUH (Transforming and Empowering Data Usage in Housing) merupakan sebuah inisiatif digital yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyediakan maklumat yang lengkap, telus dan mudah diakses berkenaan perumahan di Malaysia. Beberapa fungsi utama portal TEDUH: Carian projek perumahan mengikut lokasi, jenis rumah dan julat harga Paparan status pembinaan projek Senarai pemaju projek dan agensi kerajaan yang terlibat Senarai garis panduan permohonan rumah mampu milik mengikut negeri Antara jenis perumahan dalam aplikasi TEDUH: Rumah Mampu Milik Swasta (RMM) Program Perumahan Rakyat (PPR) Rumah Mesra Rakyat (RMR) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Projek perumahan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyediakan perumahan yang selesa, selamat dan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Terdapat 2 kategori PPR: PPR Disewa – Disewakan pada kadar RM124 sebulan. PPR Dimiliki – Harga jual antara RM35,000 – RM42,000 seunit (bergantung kepada lokasi). Ciri-ciri rumah: Rumah berkeluasan 700 kaki persegi 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur & 1 bilik air Kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, taman permainan dan kedai Syarat kelayakan Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan Belum memiliki rumah sendiri Pemohon mestilah menetap di kawasan permohonan
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan inisiatif kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa dan selamat di atas tanah sendiri. Program ini memberikan kemudahan pembinaan rumah di atas tanah sendiri dengan tempoh bayaran bulanan 16-25 tahun dengan jumlah bayaran RM300/ bulan. Syarat kelayakan: Warganegara Malaysia Berumur 18 – 65 tahun Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah sedia ada tidak sempurna Mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah untuk pembinaan rumah Keluasan tanah tidak kurang 3,000 kaki persegi
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan program khas oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). SJKP diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan tidak tetap yang sukar mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan biasa. Golongan ini termasuk: Pekerja sendiri (contohnya peniaga kecil, penjaja, petani) Pekerja gig (Grab, Foodpanda, freelancer) Peniaga mikro, penjaja, dan pekerja tanpa penyata gaji tetap Terdapat dua kategori skim SJKP: Skim SJKP Pembiayaan sehingga RM500,000 Skim SJKP Madani Pembiayaan sehingga RM360,000 Skim ini membenarkan pinjaman sehingga 2 generasi atau maksimum 35 tahun.
