Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelajar yang mengikuti latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran awam dan swasta.
Terdapat dua kategori peminjam iaitu:
- Lepasan Menengah
- Bayaran balik bermula selepas 6 bulan pengajian
- Caj tadbir 3% setahun dikenakan mengikut kadar baki berkurangan
- Tempoh bayaran balik maksimum 120 bulan mengikut jumlah pinjaman
- Pekerja yang ingin mengikuti latihan semula/ peningkatan kemahiran (reskilling/ upskilling)
- Bayaran balik bermula bulan berikutnya selepas tamat pengajian
- Caj tadbir 1% setahun dikenakan mengikut kadar baki berkurangan
- Tempoh bayaran balik maksimum 60 bulan mengikut jumlah pinjaman
