Kemudahan Selepas Kematian Pesara
Pencen terbitan ialah bayaran pencen bulanan yang dibayar oleh kerajaan kepada waris yang layak bagi: Pesara Perkhidmatan Awam Skim Pencen Pegawai Perkhidmatan Awam Skim Pencen yang meninggal dunia dalam perkhidmatan Veteran ATM berpencen Siapa yang layak menerima pencen terbitan? Balu/ duda yang sah Akan menerima bayaran pencen sepanjang hayat (tertakluk syarat tertentu) Anak-anak Anak kandung Anak angkat Anak tak sah taraf Anak OKU Syarat kelayakan: Belum berkahwin Sehingga umur 18 tahun, atau Sehingga 21 tahun (sehingga mendapat ijazah pertama) Sepanjang hayat jika anak OKU kekal dan tidak mampu bekerja (tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa)
Selain daripada pencen terbitan, terdapat beberapa lagi faedah terbitan yang akan dibayar kepada waris yang layak sekiranya pesara/ pegawai perkhidmatan awam meninggal dunia. Berikut merupakan antara faedah terbitan: Ganjaran terbitan Faedah yang dibayar sekaligus kepada waris bagi pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Gantian Cuti Rehat (GCR) Bayaran tunai bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan Ex-Gratia terbitan Apabila berlaku kematian semasa dalam perkhidmatan bagi pegawai perkhidmatan awam yang bujang, ibu atau bapa akan menerima bayaran Ex-Gratia (pampasan) Ex-Gratia kematian Bayaran pampasan mengikut tempoh perkhidmatan bagi pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan. Pencen tanggungan Pemberian tambahan kepada pencen terbitan bagi pegawai yang meninggal dunia kepada waris tertakluk kepada syarat-syarat tertentu Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Bantuan sebanyak RM3000 dan perlu dimohon dalam tempoh 12 bulan selepas kematian pesara/ penjawat awam
Faedah kematian adalah faedah yang dibayar kepada orang tanggungan seseorang veteran ATM atau anggota ATM yang meninggal dunia semasa di dalam perkhidmatan. Beikut merupakan faedah kematian bagi veteran ATM: [accordion] Veteran meninggal dunia (berpencen) Jika veteran yang sedang menerima pencen perkhidmatan meninggal dunia, orang tanggungannya boleh dibayar: Veteran tidak berpencen meninggal dunia Bantuan kewangan kepada waris yang layak dan dibayar melalui Yayasan Veteran ATM. Tanggungan veteran meninggal dunia Dibayar melalui Yayasan Veteran ATM. Rujukan: Laman Web Rasmi JHEV ATM
Waris boleh memohon faedah terbitan melalui Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), KWAP.
