Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Plus ialah skim simpanan pendidikan yang diperkenalkan oleh PTPTN dengan tambahan pakej perlindungan takaful/ insurans.
Ia gabungan simpanan pendidikan dan pelan takaful komprehensif yang lebih menyeluruh berbanding SSPN Prime.
Antara ciri SSPN Plus:
- Komitmen serendah RM30 sebulan
- Simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful yang kompetitif
- Manfaat perlindungan sehingga RM1.2 juta
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Pelepasan cukai taksiran
