Kesihatan OKU
Orang kurang upaya (OKU) mempunyai keperluan penjagaan dan kesihatan yang eksklusif dan tersendiri. Sebagai ibu bapa atau penjaga kepada golongan OKU, adalah penting untuk anda mendapatkan sokongan dan panduan yang tepat dalam menguruskan keperluan asas serta kebajikan dan kesihatan mereka. Terdapat 6 panduan yang disediakan oleh KKM dalam mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuk: Pengendalian aktiviti kehidupan harian Pengendalian kanak-kanak bermasalah motor kasar, Pengendalian kanak-kanak bermasalah motor halus, Pengendalian kanak-kanak bermasalah masalah komunikasi Pengendalian kanak-kanak dengan masalah tingkah laku dan sosial Ikuti panduan yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan berikut:
Program PDK Ku Sihat merupakan sebuah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dilaksanakan melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan penjagaan diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengikuti PDK. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti: Saringan kesihatan berkala (BMI, tekanan darah, gula dalam darah) Ceramah dan pendidikan kesihatan Aktiviti senaman ringan dan fisioterapi Pendidikan kebersihan diri (contohnya cara mencuci tangan, penjagaan mulut dan gigi) Pendidikan pemakanan sihat Sekiranya anda berminat untuk mendaftar program PDK Ku Sihat, rujuk ke klinik kesihatan berhampiran anda. Rujukan: PDK Ku Sihat
Pendidikan tentang kesihatan seksual dan reproduktif bagi orang kurang upaya (OKU) merupakan antara maklumat penting yang perlu diketahui individu dan penjaga kepada individu OKU, di mana perkembangan seksual fizikal OKU adalah sama dengan orang biasa. Aspek kesihatan seksual ini merangkumi: Sentuhan selamat dan tidak selamat Hak untuk mengetahui, memahami dan membuat keputusan tentang organ reproduktif tubuh badan sendiri Perlindungan daripada eksploitasi dan penderaan seksual Akses kepada pendidikan kesihatan seksualiti dan perkhidmatan perubatan yang sesuai Perkembangan tubuh badan apabila meningkat dewasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan panduan yang lengkap dan menyeluruh tentang kesihatan seksual dan reproduktif OKU di pautan berikut: KKM juga menyediakan kursus berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif OKU kepada penjaga mengikut negeri. Anda digalakkan merujuk klinik kesihatan di negeri masing-masing untuk mengikuti kursus ini.
Habilitasi dan rehabilitasi ialah proses intervensi perubatan, fizikal, psikologi dan sosial untuk membantu individu mencapai tahap fungsi optimum akibat sesuatu kecacatan, penyakit atau selepas kecederaan. Antara perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan oleh KKM: Fisioterapi Merawat masalah pergerakan, kelemahan otot dan kesakitan fizikal Terapi Cara Kerja ( occupational therapy ) Melatih kemahiran hidup harian seperti makan, berpakaian dan kebersihan diri Terapi pertuturan Untuk masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini di fasiliti kesihatan seperti: Klinik Kesihatan (KK) dengan unit fisioterapi dan terapi carakerja Hospital Daerah dan Pakar (Contoh: Hospital Rehabilitasi Cheras) Klinik Pakar Rehabilitasi dalam rangkaian Hospital KKM
Bagi penjaga yang bertanggungjawab menguruskan OKU, latihan dan bimbingan yang betul adalah penting untuk mengurus, menjaga dan menyokong OKU secara berkesan dari segi fizikal, emosi dan sosial. Antara panduan penjagaan yang diberikan oleh KKM termasuk: Penjagaan am Pemakanan Komunikasi Rekreasi Stres dan teknik mengatasi stres Rawatan kecemasan
Bagi pesakit OKU terlantar yang memerlukan penjagaan khusus, berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKM dengan rujukan daripada hospital atau klinik kesihatan: Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) Perkhidmatan perawatan holistik yang diberikan kepada kes stabil yang terlantar dan memerlukan kesinambungan penjagaan serta perawatan di rumah selepas discaj dari hospital Perkhidmatan Perawatan Domisiliari Skop Perubatan Paliatif (PPD Paliatif) Diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit yang tidak akan sembuh seperti kanser tahap akhir Juga dipanggil sebagai end-of-life care Perkhidmatan: terapi, rawatan untuk mengurangkan kesakitan dan psikologi Buat masa sekarang, perkhidmatan ini tiada di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan Rujukan: Perkhidmatan Perawatan Domisiliari Selain PPD dan PPD Paliatif, pesakit OKU terlantar juga mempunyai pilihan perkhidmatan kesihatan seperti: Perkhidmatan perawatan di rumah (PDR) / home visit Perkhidmatan rawatan ke rumah pesakit tanpa bayaran atau dengan bayaran selepas waktu pejabat Ditawarkan oleh sesetengah fasiliti kesihatan kerajaan sahaja Rujukan ke NGO secara percuma Rujukan ke perkhidmatan swasta secara berbayar
