Simpanan KWSP dibahagikan kepada tiga akaun:
- Akaun Persaraan (75%)
Sebagai sumber pendapatan semasa persaraan
Hanya boleh dikeluarkan apabila pekerja mencapai umur 55 tahun
- Akaun Sejahtera (15%)
Untuk persediaan persaraan. Boleh dikeluarkan untuk kegunaan tertentu seperti pembelian rumah, rawatan perubatan penyakit kritikal, pembelian perlindungan insurans/ takaful, mengerjakan haji atau yuran pendidikan dengan syarat-syarat tertentu
- Akaun Fleksibel (10%)
Membolehkan pekerja mengakses simpanan mereka jika diperlukan dengan syarat-syarat tertentu
Baca lanjut tentang Akaun KWSP