Pembahagian Harta Pusaka
Di Malaysia, harta pusaka dibahagikan kepada beberapa kategori utama bagi tujuan pengurusan dan pembahagian. Pembahagian ini penting bagi menentukan prosedur perundangan yang perlu diikuti. Berikut merupakan kategori utama harta pusaka: Harta tak alih Harta yang tidak boleh dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Contoh: Tanah (geran individu atau bersama) Rumah/ bangunan Kebun, ladang Harta Alih Harta yang boleh dipindahkan dan dialihkan kepemilikannya dengan mudah Contoh: Wang tunai Kenderaan (kereta, motosikal) Barang kemas Perabot & barangan rumah Instrumen kewangan seperti KWSP, saham ASNB, Tabung Haji
Berikut merupakan nilaian harta pusaka dan agensi pengurusan mengikut nilaian keseluruhan harta pusaka di Malaysia: Pusaka kecil (bawah RM5 juta) Pusaka kecil merujuk kepada harta pusaka si mati seperti yang berikut: Meninggalkan harta sama ada harta alih sahaja, harta tak alih sahaja atau kedua-duanya Jumlah nilai keseluruhan harta (alih dan tak alih) tidak melebihi RM5 juta pada tarikh permohonan Diuruskan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) atau Amanah Raya Berhad (ARB) Tertakluk kepada hukum faraid (jika Islam) atau Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] (bukan Islam) Pusaka besar Pusaka besar merupakan harta peninggalan si mati yang: Nilainya melebihi RM5 juta, atau; Si mati meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959 (bukan islam) Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil Jika ada wasiat: Permohonan Geran Probet (Harta Pusaka Berwasiat) Jika tiada wasiat: Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration (LA)) Mahkamah akan melantik pentadbir harta di kalangan waris Pusaka ringkas (bawah RM600 ribu) Harta pusaka yang melibatkan harta alih sahaja seperti akaun bank, ASB dan KWSP Surat kuasa mentadbir dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Contoh: KWSP, ASNB, simpanan bank, Takaful, kereta
Sebelum memohon pengurusan harta pusaka si mati beragama Islam, waris perlu melaksanakan beberapa langkah awal bagi memastikan proses pembahagian pusaka berjalan lancar dan menepati hukum syarak serta perundangan Malaysia. Perkara penting sebelum pembahagian harta pusaka bagi orang Islam: Kenal pasti harta yang ditinggalkan Kumpulkan maklumat harta Senaraikan nilai anggaran setiap harta (jika boleh) Kenal pasti jumlah harta si mati untuk menentukan bidang kuasa mahkamah yang akan membicarakan kes Selesaikan urusan berkaitan hutang Bayar hutang si mati (termasuk zakat, nazar, hutang bank dan sebagainya) Tuntutan harta sepencarian (sekiranya berkaitan) Kenal pasti aset yang dibeli semasa tempoh perkahwinan dan sama ada terdapat sumbangan bersama Buat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Bahagian pasangan yang dituntut dan disahkan sebagai harta sepencarian akan dikeluarkan daripada harta pusaka Semak sama ada si mati ada wasiat/ hibah Jika ada wasiat/ hibah yang sah menurut syarak, wasiat/ hibah tersebut perlu dilaksanakan terlebih dahulu Kenal pasti waris yang layak Tentukan siapa yang masih hidup dan berhak mewarisi harta pusaka (mengikut hukum faraid) Pastikan dokumen pengenalan waris seperti MyKad/ sijil lahir tersedia Permohonan sijil faraid (sekiranya diperlukan) : Mahkamah Syariah akan mengesahkan senarai waris yang berhak dan bahagian masing-masing mengikut faraid Perintah dilaksanakan di agensi berkaitan Waris boleh kemukakan perintah kepada agensi yang berkaitan contohnya: Pejabat Tanah untuk pendaftaran hak milik tanah Bank untuk menuntut simpanan JPJ untuk menukar hak milik kenderaan
Berikut merupakan prosedur lengkap pembahagian harta pusaka kecil di Malaysia, iaitu harta pusaka yang terdiri daripada: Harta Tak Alih sahaja atau Harta Alih sahaja atau Kombinasi Harta Tak Alih bersama Harta Alih yang bernilai tidak melebihi RM5 juta pada tarikh permohonan Langkah-langkah permohonan: Sediakan dokumen sokongan Salinan sijil kematian si mati Salinan kad pengenalan waris Salinan geran tanah/ hak milik harta tak alih Bukti harta alih: penyata bank, KWSP, ASNB Salinan sijil perkahwinan/ sijil kelahiran Mohon melalui portal MyLand Hantar permohonan dalam talian melalui portal MyLand Perbicaraan Pusaka Kecil Semua waris akan diberi notis untuk hadir ke perbicaraan pusaka kecil Waris yang tidak dapat hadir perlu melengkapkan borang DDA (borang persetujuan) Waris perlu menyatakan cara pembahagian sama ada: Faraid : Mengikut hukum syarak (bagi Islam) Mengikut Akta Pembahagian 1958 [ Akta 300] (bagi Bukan Islam) Muafakat waris : Semua waris bersetuju secara sukarela Jika ada persetujuan kesemua waris, keputusan terus dimuktamadkan Pelaksanaan perintah di agensi berkaitan JKPTG akan mengeluarkan Perintah Pembahagian / Surat Kuasa Mentadbir Waris boleh kemukakan perintah kepada agensi yang berkaitan contohnya: Pejabat Tanah untuk pendaftaran hak milik tanah Bankuntuk menuntut simpanan JPJ untuk menukar hak milik kenderaan Perintah pembahagian harta pusaka ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.
Portal MyLand ialah platform digital bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Antara perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan: Permohonan pembahagian pusaka kecil Semakan maklumat hartanah Kalkulator faraid Kalkulator Akta 300 (pembahagian harta bukan muslim)
Prosedur permohonan pusaka besar di Malaysia melibatkan harta pusaka yang melebihi RM5 juta. Berikut merupakan prosedur umum prosedur permohonan pusaka besar: Dokumen berkaitan Sijil kematian Dokumen pengenalan diri pemohon dan waris Senarai penuh harta (tak alih dan alih) Bukti pemilikan harta: geran tanah, akaun bank, KWSP, insurans, saham dan sebagainya Salinan wasiat (jika ada) Sijil perkahwinan/ kelahiran waris Kenalpasti jenis permohonan Si mati ada wasiat: permohonan probet Si mati tiada wasiat: permohonan Surat Kuasa Mentadbir (Grant of Letters of Administration (LA)) Fail permohonan di mahkamah tinggi Permohonan perlu difailkan oleh peguam yang dilantik waris di Mahkamah Tinggi melalui saman pemula dan afidavit Perbicaraan di mahkamah Mahkamah akan menentukan sama ada: Meluluskan pelantikan pentadbir (jika tiada wasiat) Mengiktiraf pentadbir wasiat/ executor (jika ada wasiat) Jika tiada bantahan, mahkamah akan mengeluarkan perintah Surat Kuasa Mentadbir (LA): Untuk mentadbir dan agihkan harta pusaka (jika tiada wasiat) Probet: Untuk laksana isi kandungan wasiat (jika ada wasiat sah) Pendaftaran dan pembahagian harta Pentadbir/ executor perlu mendaftar surat Kuasa Mentadbir di Pejabat Tanah dan institusi berkaitan untuk melaksanakan pembahagian
Pusaka ringkas merujuk kepada pusaka bernilai RM600 ribu ke bawah dan mempunyai harta alih. Langkah-langkah permohonan: Buka fail permohonan Datang ke cawangan Amanah Raya Berhad Bawa dokumen berkaitan (rujuk senarai di bawah) Fail akan dibuka untuk permohonan pentadbiran pusaka sekiranya lengkap Serahan dokumen sokongan Sijil Kematian asal disahkan Kad pengenalan semua waris Sijil lahir/ sijil nikah/ kahwin (untuk bukti hubungan waris) Dokumen bukti harta (akaun bank, geran tanah, penyata ASNB, KWSP, insurans dan lain-lain) Salinan wasiat (jika ada, prosedur berbeza) Amanah Raya akan menjalankan proses berikut: Siasatan untuk mengesahkan waris dan harta Mendapatkan pengesahan nilai harta Pengeluaran surat kuasa oleh Amanah Raya Proses tuntutan harta kepada agensi Pemfailan di Mahkamah Tinggi/ JKPTG (jika perlu) Amanah Raya akan membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil, jika berkaitan Pembahagian Harta Setelah selesai, Amanah Raya akan mengurus pembahagian mengikut: Hukum Faraid (untuk Islam) Akta Pembahagian 1958 (untuk bukan Islam)
Amanah Raya Berhad (ARB) merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan. Ia menawarkan pelbagai perkhidmatan pengurusan harta dan pewarisan secara profesional dan berlandaskan undang-undang. Antara perkhidmatan ARB: Wasiat: Dokumen undang-undang yang memperincikan pengagihan aset kepada orang-orang yang tersayang mengikut hasrat anda Aset yang boleh diwasiatkan termasuk harta tak alih (rumah, bangunan) dan harta alih (kenderaan, saham, pelaburan dan sebagainya) Proses pentadbiran harta pusaka meliputi: Mengumpul dan mengurus aset-aset si mati Menyelesaikan sebarang hutang Mengagihkan pusaka kepada penerima yang berhak Pengurusan Amanah memberi jaminan bahawa harta alih dan tidak alih anda diwarisi oleh insan yang anda sayangi Akaun amanah boleh dibuka oleh mana-mana individu atau syarikat korporat Tujuan: Melindungi kepentingan orang yang tersayang seperti anak-anak di bawah umur atau orang kelainan upaya Sebarang tujuan kebajikan yang lain dalam jangka masa tertentu Instrumen alternatif kepada penghibah untuk memindah milik harta yang masih bercagar atau tidak bercagar kepada penerima hibah Penghibah semasa hayatnya boleh juga menghibahkan harta hibah yang masih bercagar dengan memenuhi rukun dan syarat hibah
