Sekolah Rendah
Sekolah rendah di Malaysia merupakan tahap pendidikan formal pertama yang diwajibkan kepada semua kanak-kanak di bawah Akta Pendidikan 1996. Pendidikan rendah bertujuan untuk membentuk asas akademik, sahsiah, dan kemahiran sosial sebelum kanak-kanak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Tempoh dan Struktur Pendidikan Rendah Pendidikan rendah di Malaysia berlangsung selama 6 tahun (Tahun 1 hingga Tahun 6) Kanak-kanak mula memasuki Tahun 1 pada usia 7 tahun Pendidikan ini wajib bagi semua warganegara Malaysia
Jenis Sekolah Kebangsaan di Malaysia Sekolah kebangsaan di Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ia dibahagikan kepada dua kategori utama: Sekolah Kebangsaan (SK) Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama Terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira kaum atau agama Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Dibahagikan kepada dua jenis: SJK (Cina) – Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar SJK (Tamil) – Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar Terbuka kepada semua pelajar, tetapi majoriti terdiri daripada masyarakat Cina dan India Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Rendah Kurikulum peringkat rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang merangkumi: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains Pendidikan Moral / Pendidikan Islam Sejarah (mulai Tahun 4) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Pendidikan Seni Visual dan Muzik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rujukan: KPM Pendidikan Rendah
Salah satu proses penting untuk anak-anak memasuki alam persekolahan di peringkat rendah adalah memohon Tahun 1. Ibu bapa perlu memastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, menyemak keputusan penempatan dan menyediakan dokumen yang diperlukan. Proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Modul Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS). Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia Tarikh Lahir: Pastikan anak anda lahir pada tahun kelayakan sesi persekolahan yang ingin didaftarkan Tarikh buka dan tutup pendaftaran: Anda perlu mengambil maklum mengenai tarikh buka dan tutup pendaftaran di portal KPM Sijil lahir anak Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga Bukti alamat tempat tinggal seperti bil utiliti terkini Dokumen sekiranya berkaitan seperti surat perakuan penjagaan Dokumen sokongan perlu dimuat naik semasa proses permohonan dalam talian Semakan penempatan dan rayuan pertukaran boleh dibuat secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berdekatan.
Selain daripada sekolah kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat juga beberapa institusi pendidikan yang beroperasi secara persendirian tanpa pembiayaan kerajaan iaitu: Sekolah Rendah Akademik Menggunakan Kurikulum Kebangsaan Sekolah Rendah Agama Program tambahan yang diluluskan oleh Jabatan Agama Negeri Sekolah Pendidikan Khas Menggunakan Kurikulum Kebangsaan Sekolah Antarabangsa Bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris Menggunakan kurikulum negara luar Kurikulum dibenarkan adalah: Kurikulum British Kurikulum Amerika Kurikulum Australia Kurikulum Kanada Program Diploma International Baccalaureate Sekolah Ekspatriat Menggunakan kurikulum negara asal Bahasa pengantar adalah bahasa rasmi negara berkenaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terdiri daripada dua kategori iaitu: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sistem penilaian yang dilaksanakan secara berterusan di dalam bilik darjah untuk mengukur perkembangan dan pencapaian murid sepanjang sesi pembelajaran. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Peperiksaan untuk menilai pencapaian akademik murid pada akhir sesi persekolahan. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Penilaian pencapaian murid dalam aktiviti luar bilik darjah dengan penekanan kepada perkembangan jasmani, kepimpinan, dan penyertaan kokurikulum murid. Komponen PAJSK terdiri daripada: Kokurikulum (Sukan, Kelab dan Badan Beruniform) Ekstra Kurikulum SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan) PAJSK menyumbang kepada markah merit untuk permohonan kemasukan ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pentaksiran Psikometrik Mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
