Menyemak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu momen yang mendebarkan dan dinanti oleh ramai calon SPM. Ini kerana SPM merupakan peperiksaan utama di peringkat pendidikan menengah yang menjadi penentu hala tuju seseorang individu.
Sebagai calon SPM, anda boleh menyemak keputusan SPM melalui beberapa cara:
Kaedah semakan keputusan SPM
- Secara dalam talian
Laman web rasmi:
MyResult SPMLaman web ini hanya aktif pada hari pengumuman keputusan SPM sahaja.
Maklumat yang diperlukan:
- No. MyKad
- No. Angka Giliran
- Melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
- Format SMS: SPM<jarak>No. MyKad<jarak>Angka giliran
- Hantar ke 15888
Perkhidmatan ini hanya aktif pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Pengambilan slip fizikal
- Calon sekolah:
Slip SPM boleh diambil di sekolah masing-masing bermula hari keputusan diumumkan.
- Calon persendirian:
Slip SPM boleh diambil di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri atau tempat yang dinyatakan semasa pendaftaran.
Selamat berjaya!
