Sekiranya anda berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru), anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang-bidang yang berkaitan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pengenalan kepada PISMP
- Program pra-ijazah dan ijazah selama 5 tahun:
- 1 tahun (3 semester) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
- 4 tahun (12 semester) Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Pelajar yang lulus PPISMP akan diserap masuk secara automatik ke program PISMP
- Setelah tamat, pelajar akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
Syarat kemasukan umum
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun semasa tahun permohonan
- SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kepujian, termasuk:
- Bahasa Melayu – gred A
- Sejarah – lulus
- Subjek-subjek berkaitan bidang dimohon – cemerlang
- Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga
