Perkhidmatan kesihatan pergigian sekolah adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh KKM kepada semua murid (darjah 1 sehingga tingkatan 5) di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan setiap tahun.
Perkhidmatan kesihatan pergigian meliputi:
- Pendidikan kesihatan pergigian
- Pemeriksaan
- rawatan pencegahan klinikal
- rawatan asas pergigian (penskeleran, tampalan dan cabutan)
Penekanan kepada teknik memberus gigi yang betul turut diterapkan menerusi program perkhidmatan ini.
Perkhidmatan pergigian oleh KKM