Perceraian pasangan Islam boleh berlaku melalui dua keadaan, iaitu:
- Dalam mahkamah: Lafaz cerai dilakukan di hadapan hakim Mahkamah Syariah
- Luar mahkamah: Lafaz cerai yang berlaku tanpa kehadiran hakim atau di tempat selain mahkamah. Lafaz cerai ini perlu dilaporkan dan disahkan semula oleh Mahkamah Syariah.
Berikut adalah prosedur perceraian bagi pasangan Islam di Malaysia.
- Rundingan dan kaunseling
Pasangan yang ingin bercerai digalakkan menjalani sesi kaunseling terlebih dahulu di pejabat agama Islam negeri.
Tujuan: Menyelesaikan konflik secara damai sebelum prosedur melibatkan mahkamah.
Bagi pemohon yang menetap di negeri-negeri yang tidak menggunakan sistem SPPIM, anda boleh merujuk kepada portal jabatan agama islam negeri masing-masing.
- Fail permohonan cerai di Mahkamah Syariah
Jika rundingan gagal, salah satu pihak boleh memfailkan:
- Permohonan Perceraian (Talak)
- Permohonan Cerai secara Taklik
- Permohonan Fasakh
Permohonan Cerai Tebus Talak (Khuluk)
