Aduan Awam adalah aduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap semua aspek pentadbiran Kerajaan termasuk ketidak adilan, salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
- Aduan-aduan yang boleh dikemukakan oleh orang awam adalah seperti berikut:
- Kelewatan atau tiada tindakan
- Tindakan tidak adil
- Kekurangan kemudahan awam
- Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang
- Salah guna kuasa / penyelewengan
- Salah laku anggota awam
- Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan
- Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter Dan Telefon
- Kegagalan penguatkuasaan
- Pelbagai Aduan
- Jenis-Jenis Aduan Yang Tidak Boleh Diterima di bawah bidang Kuasa:
- Jawatankuasa Kira-kira Awam
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Jabatan Bantuan Guaman
- Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan
- Masalah keluarga/Peribadi
- Tuntutan Berbentuk 'Civil' antara individu/syarikat
Sila hubungi Ibu Pejabat BPA atau Cawangan BPA yang berdekatan, sekiranya menghadapi sebarang masalah atau memerlukan maklumat/keterangan lanjut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.pcb.gov.my/bm
Muat turun aplikasi mobil di Apps Store dan Google Play. Nama aplikasi: Respons Rakyat